Kisah bomba selamatkan kucing dari hanyut jadi perhatian

219

17 NOV: Seekor kucing yang terperangkap atas longgokan sampah hanyut di jambatan berhampiran D Island Putra Perdana Puchong diselamatkan sepasukan anggota bomba dalam operasi pada jam 5.30 petang tadi.

Dalam kenyataan hari ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.17 petang.

Sejurus kemudian kata kenyataan itu, dua jentera dengan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurut laporan kes, setibanya di lokasi, kucing itu didapati tersangkut pada tiang jambatan.

“Pasukan bomba bertindak menyelamatkan kucing tersebut menggunakan kaedah ‘rapelling’ dan sistem takal.

“Dalam operasi kira-kira sejam itu, kucing berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada tuannya,” katanya.

Usaha murni pasukan bomba berkenaan turut tular dalam media sosial dan ramai netizen memuji usaha baik pasukan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.