Cuti sekolah panjang, guru boleh mohon rentas negeri

474

16 NOV: Guru-guru dibenarkan melakukan perjalanan rentas negeri untuk bersama keluarga masing-masing sepanjang penutupan sekolah ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan cuti akhir tahun.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mereka boleh memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum berbuat demikian.

Menurut beliau, kebenaran itu turut diberikan bagi pergerakan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah atau Sarawak dan sebaliknya.

“Pada masa yang sama, saya akan cadangkan kepada Menteri Pendidikan supaya runding dengan polis untuk benarkan guru-guru balik pada cuti yang panjang,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri memberitahu, PDRM juga telah menahan 463 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP).

Beliau menambah, daripada jumlah itu, seramai 427 individu telah dikompaun manakala 36 lagi direman.

“Antara kesalahan ingkar SOP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (173), tidak memakai pelitup muka (67), aktiviti perjudian (51), rentas daerah/negeri PKPB tanpa kebenaran (50) gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (31), aktiviti pusat hiburan (29), parti (9)d an lain-lain (53),” jelasnya.

Ismail Sabri berkata, pasukan keselamatan juga berjaya menahan seramai 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua tekong dalam Op Benteng di seluruh negara semalam. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.