Penyokong Trump berhimpun tuduh penipuan

42

15 NOV: Ribuan penyokong tegar Donald Trump melaungkan ‘penipuan pengundian’ ketika berarak di jalan-jalan utama sekitar ibu negara Amerika Syarikat pada Sabtu.

Mereka menuduh berlaku penipuan dalam Pilihan Raya Presiden minggu lalu sebagai punca pentadbiran beliau hanya bertahan sepenggal di Rumah Putih.

Trump yang dalam perjalanan bersama rombongan pengiring untuk bermain golf, turut pandu lalu serta melemparkan senyuman ke arah mereka dari tingkap limousin dinaikinya.

Penyokong terus bersorak sambil memegang sepanduk yang antara lain tertera ‘Presiden terbaik’ dan ‘Trump 2020: Kekalkan Amerika Hebat’.

Pemimpin Republikan itu masih mempertahankan tuduhan bahawa wujud penipuan besar-besaran, malah mendakwa beliau telah menewaskan Presiden yang dipilih, Joe Biden, dalam pilihan raya pada 3 November lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.