Penipuan SMS, reman 6 individu dilanjutkan

50

15 NOV: Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini memerintahkan perintah reman terhadap enam individu yang disyaki terbabit dengan kes rasuah membabitkan sindiket penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS) dilanjutkan.

Majistret Nur Aisyah Mohd Yusof membenarkan permohonan lanjutan reman itu susulan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi ini.

Bagaimanapun, seorang dibebaskan dengan jaminan.

Sumber SPRM berkata, perintah reman terhadap empat daripada individu berkenaan disambung dua hari, manakala dua lagi termasuk seorang wanita dilanjutkan sehari, bermula hari ini.

Katanya, mereka berusia antara 39 tahun hingga 49 tahun.

Seorang yang dibebaskan dikenakan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin selain perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan sehingga kes selesai.

Difahamkan, mereka yang disambung reman adalah pengarah syarikat, pekerja syarikat swasta dan pegawai syarikat telekomunikasi yang dipercayai memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan pelan prabayar.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.