Annuar tak kata boleh buka gerai sesuka hati

401

14 NOV: Dakwaan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kononnya warga kota dibenarkan membuka gerai sesuka hati di mana-mana kawasan adalah tidak benar.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, jalan-jalan protokol dan kawasan keselamatan adalah tempat larangan berniaga walaupun Wilayah Persekutuan akan diisytiharkan Wilayah Bebas Berniaga mulai esok.

Menurut beliau, sebaliknya kebenaran untuk membuka gerai masih tertakluk kepada undang-undang dan garis panduan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

annuar musa
ANNUAR MUSA

“Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kata saya kononnya nak jadikan Kuala Lumpur ini macam Ketereh, semua orang boleh buka gerai, Jalan Parlimen pun buka gerai, itu dia cakap sendiri.

“Siapa cakap boleh buka gerai di Jalan Parlimen, jalan-jalan protokol tak boleh buka gerai. Kawasan-kawasan keselamatan tak boleh buka gerai.

“Itu bandaraya (DBKL) ada garis panduannya,” katanya dalam sidang media selepas majlis sumbangan kepada 76 keluarga mangsa banjir kilat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Dewan Serbaguna Kampong Bharu, Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, Teresa mempersoalkan keputusan Annuar dalam memberi kebenaran kepada warga kota membuka gerai atau perniagaan kecil-kecilan di kawasan yang bersesuaian.

Teresa mendakwa kononnya Wilayah Persekutuan ingin dijadikan kawasan seperti di Parlimen Ketereh yang diwakili menteri itu dengan membenarkan peniaga bebas berniaga di mana-mana.

Dalam pada itu, Annuar memberitahu walaupun pihaknya telah memberi kebenaran, tidak bermakna Kuala Lumpur bebas daripada undang-undang berniaga.

Tambahnya, kenyataan Teresa itu membuktikan beliau hanya ingin membuang masa dan menyerlahkan sikap tidak matang sebagai seorang Ahli Parlimen.

“Pelbagai undang-undang yang ada mengenai penjaja, mengenai kesihatan, mengenai perancangan, undang-undang kekal.

“Bukan bermakna saya kata Wilayah bebas berniaga, maka undang-undang semua gantung dulu, tidak begitu

“Bila seorang Ahli Parlimen dia bercakap begitu, dalam masa perbahasan, rugilah masa dan menjatuhkan standard kita sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.