Aktivis putus kepala, keluarga minta pampasan RM1.1b

373

14 NOV: Taman Negara Arches di Utah, Amerika Syarikat disaman AS$270 juta (RM1.1 bilion) oleh keluarga aktivis Uganda yang mati dalam insiden kemalangan di situ.

Memetik laporan AFP, Esther Nakajjigo, 25, meninggal dunia ketika melawat taman tersebut bersama suami yang baru dikahwininya, Ludovic Michaud.

Dalam kejadian pertengahan Jun lalu, pintu pagar taman berkenaan berpusing di atas jalan raya dan memotong kepala Nakajjigo yang ketika itu berada di dalam kereta.

Mendiang dan Michaud, seorang warga Perancis, mengunjungi Taman Negara Arches untuk meraikan ulang tahun temu janji pertama mereka.

Michaud mengemukakan tuntutan ganti rugi berjumlah AS$240 juta (RM989.6 juta) terhadap Perkhidmatan Taman Negara, manakala keluarga Nakajjigo menuntut AS$30 juta (RM123.7 juta), pada Jumaat lalu.

“Kerana mahukan mangga kunci murah bernilai AS$8 (RM33), dunia kehilangan seorang pejuang, seorang wanita yang berpengaruh yang ditakdirkan menjadi seperti Puteri Diana, dermawan seperti Melinda Gates atau Oprah Winfrey pada masa depan,” menurut tuntutan itu.

Dalam satu temu bual stesen televisyen CBS4 di Denver minggu ini, Michaud mendedahkan masih terbayangkan insiden itu dan ‘masih berusaha untuk melangkah ke depan dan bangun pada setiap pagi.’

“Saya tak dapat bayangkan apa yang beliau lihat dan lalui pada hari kejadian. Hujung pagar itu menusuk kereta seperti tombak, dan memutuskan kepala pengantin baharu di hadapannya,” kata Deborah Chang, peguam yang mewakili Michaud dan keluarga Nakajjigo kepada media tempatan.

Nakajjigo memiliki ramai pengikut di Uganda dan terbabit dalam pelbagai projek filantropi, antaranya berusaha mengurangkan jumlah remaja mengandung, selain menghasilkan rancangan realiti di televisyen yang memperkasa golongan wanita.

Setakat semalam, perkhidmatan Taman Negara dan peguam Michaud belum memberi kenyataan ketika diminta mengulas perkara itu setakat semalam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.