Teresa jangan hina peniaga kecil Melayu

584

Sekretariat NGO Pemuda UMNO Malaysia hari menyelar tindakan Ahli Parlimen Seputeh YB Teresa Kok yang mempersoalkan keputusan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang ingin menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai kawasan bebas berniaga kononnya berbahaya kerana ia seolah-olah membuka ‘pintu pagar’ untuk menggalakkan orang ramai melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kenyataan dangkal Ahli Parlimen daripada DAP seperti Teresa Kok ini ternyata beliau tidak layak sama sekali menjadi wakil rakyat kerana beliau langsung tidak ambil peduli tentang kesusahan rakyat yang sedang bergelut dengan kemelut sara hidup seharian ketika ini akibat wabak COVID-19.

Jangan hanya pandai mempersoalkan tindakan pihak lain yang ingin membantu rakyat, sedangkan anda sebagai Ahli Parlimen dan wakil rakyat, apa yang anda bantu untuk mengurangkan beban rakyat?

faiz hashim
MUHAMMAD FAIZ HASHIM

Jangan hanya tahu bercakap dan mempertikai usaha pihak lain sedangkan tindakan anda membantu zero!

Jangan disebabkan ramai yang meniaga di kaki lima ini majoritinya berbangsa Melayu yang susah maka anda mempertikaikan kewajaran keputusan tersebut? Hina sangatkah peniaga nasi lemak sehingga anda sanggup menyindir sedemikian rupa di dalam dewan yang mulia?

Ternyata Teresa Kok mempunyai niat dan hati yang cukup rasis yang sengaja menimbulkan rasa kurang senang terutamanya dalam kalangan rakyat berbangsa Melayu.

Sekretrariat NGO Pemuda UMNO Malaysia menyarankan supaya Teresa Kok makan sesudu minyak sawit sebelum berkata-kata supaya nampak lebih cerdik pada masa akan datang.

Muhammad Faiz Hashim
Pengerusi Sekretariat NGO Pemuda UMNO Malaysia

Get real time updates directly on you device, subscribe now.