PRU Myanmar: Parti Aung San Suu Kyi menang besar

75

13 NOV: Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) yang dipimpin Aung San Suu Kyi menang besar selepas memperoleh majoriti mutlak dalam Pilihan Raya Umum Myanmar.

Penyokong parti itu meraikan kemenangan besar di jalan raya berikutan pengumuman suruhanjaya pilihan raya Myanmar bahawa NLD beroleh 346 kerusi, iaitu lebih 50 peratus kerusi Parlimen.

Memetik laporan AFP, pengiraan undi masih berlangsung.

Seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Myanmar, satu pertiga daripada kerusi Parlimen diperuntukkan untuk tentera

Parti pembangkang yang mempunyai kaitan dengan tentera, Parti Kesatuan Perpaduan dan Pembangunan (USPD) hanya meraih 25 kerusi, berdasarkan pengiraan undi sehingga Jumaat.

Parti pembangkang menuduh bahawa berlaku ketidakadilan dalam proses pilihan raya dan mendesak pengundian semula.

Dalam pada itu, kumpulan berhaluan kanan turut mengkritik dengan mendakwa pilihan raya itu meminggirkan hak etnik Muslim Rohingya untuk mengundi.

Reputasi Suu Kyi tercalar di peringkat antarabangsa kerana pendirian Myanmar dalam isu penindasan Muslim Rohingya.

Ramai daripada etnik itu kini hidup dalam pelarian di kem di Bangladesh dan dilucutkan hak kewarganegaraan di negara sendiri.

NLD pimpinan Aung San Suu Kyi meraih kemenangan besar dalam pilihan raya umum 2015.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.