Harga petrol, diesel naik

58

13 NOV: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik satu sen manakala diesel naik sebanyak enam sen bermula tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga RON97 naik daripada RM1.91 seliter kepada RM1.92 seliter.

Bagi RON95, harga naik daripada RM1.61 seliter kepada RM1.62 seliter.

Harga runcit diesel pula naik sebanyak enam sen seliter iaitu daripada RM1.68 seliter kepada RM1.74 seliter.

“Kenaikan ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Harga runcit produk petroleum ini bagi tempoh 14 November sehingga 20 November 2020,” katanya.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.