Elok Menteri WP sekolahkan MB Selangor

379

13 NOV: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari harus mencari jalan terbaik dalam membantu nasib rakyat yang terjejas disebabkan pandemik COVID-19.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, Amirudin boleh menjadikan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang sentiasa membela nasib rakyat khsusnya penjaja di kawasan Wilayah Persekutuan.

“Saya sentiasa membela nasib peniaga-peniaga kecil yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang terutamanya di waktu pandemik COVID-19 ini.

“Terima kasih Menteri Wilayah yang perihatin dan senada dengan perjuangan saya,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

NOH OMAR
NOH OMAR

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang mencadangkan agar Menteri Wilayah Persekutuan itu mengadakan perbincangan dengan Amirudin dalam membantu rakyat Selangor yang amat memerlukan bantuan daripada kerajaan.

“Eloklah Menteri Wilayah Persekutuan sekolahkan Menteri Besar Selangor bagaimana untuk membela nasib rakyat yang sedang susah sekarang.

“Bukannya cuba menakutkan rakyat dengan macam-macam notis dari pihak berkuasa.

“Ini baru saya cakap pasal masalah peniaga belum saya sebut tentang kepayahan rakyat dengan kegagalan menyelesaikan masalah air,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.