21 anggota gereja ditahan polis

85

13 NOV: Seramai 21 anggota gereja tidak berdaftar ditahan polis Singapura pada 9 November lalu kerana didakwa menjadi ahli pertubuhan masyarakat yang tidak sah.

Kementerian Dalam Negeri Singapura menjelaskan, mereka menganggotai gereja yang berasal dari Korea Selatan.

Mereka yang ditangkap terdiri daripada sembilan lelaki yang berusia antara 22 dan 31 tahun serta 12 wanita yang berumur antara 21 dan 49 tahun.

“Siasatan awal menunjukkan mereka didakwa terbabit dalam kegiatan yang berkaitan dengan gereja tempatan yang tidak berdaftar, Gereja Shincheonji Jesus the Temple of the Tabernacle of the Testimony (SCJ) yang berpusat di Korea Selatan,” kata kementerian itu dalam laman sesawangnya.

Sembilan wanita lain, berusia antara 22 dan 52 tahun, dan dua lelaki, berusia 23 dan 36 tahun turut membantu polis dalam siasatan yang sedang dijalankan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.