Wee Ka Siong jalani pembedahan tulang belakang

172

12 NOV: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong selamat menjalani pembedahan bagi mengukuhkan tulang belakangnya kelmarin.

Berkongsi perkara tersebut di Instagram beliau, Presiden MCA itu berkata, pembedahan berkenaan dibuat atas saranan pakar-pakar perubatan.

Katanya, pembedahan itu berjaya dilakukan dengan sempurna dan beliau kini berada di hospital untuk pemantauan pakar-pakar perubatan bagi membolehkan proses pemulihan dicapai sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

“Terima kasih kepada pakar-pakar perubatan ortopedik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memiliki kepakaran dan mempunyai mutu perkhidmatan bertaraf dunia.

“Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada para jururawat dan seluruh pasukan perubatan yang telah memberikan perkhidmatan terbaik.

“Akhir sekali, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang berdoa untuk saya sepanjang tempoh pembedahan ini,” kata Ahli Parlimen Ayer Hitam itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.