Jururawat kejam bunuh ramai bayi

111

12 NOV: Entah apa yang merasuk seorang jururawat sehingga menyebabkan dia tergamak membunuh beberapa orang bayi.

Memetik laporan AFP, suspek, Lucy Letby, 30, yang bertugas di Hospital Countess of Chester, United Kingdom berdepan lapan tuduhan bunuh dan 10 tuduhan cubaan membunuh.

Kejadian dipercayai berlaku antara Jun 2015 dan Jun 2016 di unit kelahiran hospital tersebut.

Sepanjang tempoh tersebut, beberapa orang bayi didapati meninggal dunia dan tidak sedarkan diri di hospital berkenaan.

Letby yang ditahan polis Chester dihadapkan ke mahkamah di Warrington, hari ini.

Dia pernah ditahan pada 2018 namun dibebaskan tanpa dituduh.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.