Tak perlu akta baharu kukuh perpaduan

137

11 NOV: Kementerian Perpaduan Negara tidak bercadang untuk melaksanakan undang-undang baharu dalam memperkukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, akta dan undang-undang sedia ada sudah merangkumi serta mencukupi bagi menjaga keharmonian antara kaum dan agama.

Menurut beliau, bagi individu yang sengaja melakukan perpecahan perpaduan dan keharmonian, mereka boleh disiasat dan didakwa di bawah lima akta berbeza yang dilihat lebih berkesan dan mampu memberi pengajaran kepada mereka yang melakukannya.

TI LIAN KER
TI LIAN KER

“Mereka boleh disiasat dan diakwa di bawah Subseksyen 41 Akta Hasutan 1948 iaitu kesalahan menghasut. Yang kedua ialah Seksyen 29 8 a Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat serta memudaratkan pemuliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

“Mereka juga boleh dikenakan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan. Selain itu, Seksyen 505 Kanun keseksaan iaitu kesalahan yang mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan Sekyen 506 Kanun Keseksaan iaitu menakutkan secara jenayah.

“Yang terakhir adalah Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu kesalahan menggunakan secara tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen PH Jelutong, RSN Rayer tentang jika Kerajaan merancang untuk menggubal satu akta perhubungan kaum untuk mengawal semua perkara melibatkan perhubungan kaum yang semakin tenat dan meruncing di tanah air kita.

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Rayer terhadap langkah yang diambil kerajaan dalam meningkatkan kualiti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang dilihat seperti tidak aktif, Lian Ker menafikan perkara itu dan banyak aktiviti dan program yang dilaksanakan KRT bagi menghidupkan suasana berbilang kaum.

“Saya rasa kenyataan mengenai rukun tetangga peranan dimainkan adalah tidak tepat dan merehkan pengorbanan jawatankuasa-jawatankuasa dan rangkaian-rangkaian Rukun Tetangga yang kita ada.

“Kalau Yang Berhormat betul-betul prihatin dan ingin tahun, mungkin Yang Berhormat sendiri boleh datang ke pejabat saya dan kita tunjukkan setakat mana aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.