Setiausaha Agung PLO meninggal dunia akibat COVID-19

68

11 NOV: Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat, meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan COVID-19.

Memetik laporan AFP, pemimpin veteran yang terkenal di pentas dunia dalam perjuangan pembebasan Palestin itu dimasukkan ke ke Hospital Hadassah Ein Kerem pada 18 Oktober lalu kerana masalah fibrosis paru-paru.

Berikutan masalah pernafasan yang dihadapi, peluang untuk sembuh sangat rendah.

Hadassah dalam kenyataan berkata, Saeb, 65, menerima rawatan rapi selepas dimasukkan ke hospital namun keadaannya tidak menunjukkan sebarang perkembangan baik.

“Beliau berada dalam keadaan kritikal dan menghembuskan nafas terakhir akibat kegagalan pelbagai fungsi organ,” kata hospital itu.

Sementara itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyifatkan berita berkenaan sebagai ‘kehilangan seorang abang dan kawan, juga kehilangan besar bagi Palestin dan penduduknya’.

Saeb merupakan antara individu yang bertanggungjawab dalam menjalankan rundingan bagi mengakhiri konflik Israel – Palestin, satu matlamat yang tidak dapat disaksikannya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.