Rayer dihalau enggan ikut arahan Speaker

930

1 NOV: Gara-gara enggan mendengar nasihat, Ahli Parlimen PH Jelutong, RSN Rayer, ‘dihalau’ keluar dari sidang pagi tadi oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said

Situasi panas tercetus apabila Ahli Parlimen GPS Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menyentuh soal usaha memerangi pandemik COVID-19 di Sabah dan Sarawak pada perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021).

Antara dipersoal King Sing mengenai strategi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk dua negeri itu.

“DG (Noor Hisham) kenapa tidak turun padang, kerana macam di Kota Kinabalu Sabah sekarang teruk dan begitu hebat pandemik COVID-19 di sana, kenapa dia tak turun melawat tiap-tiap hospital.

“Pergi turun tengok dan berbincang dalam menguruskan frontliners, doktor dan jururawat. Jangan hantar sahaja. Itu orang (frontliners) tak takut mati tapi DG takut mati, Timbalan DG pun tak pergi apa sudah jadi. Hari-hari buat publisiti tapi dilihat lekuk masih belum dapat diturunkan,” katanya.

Kenyataan itu menyebabkan Rayer dan beberapa Ahli Parlimen pembangkang bertubi-tubi menyerang King Sing sehingga serangan itu turut mendapat tentangan hebat daripada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim agar menghentikan perkara tersebut.

Tindakan Rayer berkenaan menyebabkan Azalina terpaksa campur tangan dan meminta Ahli Parlimen Jelutong berkenaan duduk bagi membolehkan King Sing menyambung perbahasannya.

Namun Rayer terus cuba menganggu King Sing daripada meneruskan perbahasan sehingga menyebabkan Azalina mengeluarkan amaran pertama dan mengetuk meja dengan penukulnya, sebelum sekali lagi meminta King Sing meneruskan ucapannya

Rayer bagaimanapun terus mengganggu perbahasan King Sing berhubung menghina Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kedegilan itu menyebabkan Azalina mengarahkan Rayer keluar dari Dewan kerana terus menganggu ucapannya dan tidak mahu mendengar nasihatnya agar duduk bagi memberi peluang kepada Ahli Parlimen Bintulu untuk berucap,

“Saya nak buat keputusan macam mana setiap kali saya nak bercakap, Yang Berhormat semua nak bercakap. Jelutong kamu tak mahu mendenagar malah menolak untuk duduk. Bentara, sila keluarkan Jelutong.

“Yang Berhormat, apapun dalam perbahasan habiskan dahulu, kalau nak minta maaf terangkan dan buat permohonan maaf atau tarik barik ketika perbahasan kerana kita ketiadaan masa,” katanya.

Terdahulu, King Sing mempersoalkan tindakan yang dilakukan oleh KKM dan Noor Hisham yang dilihat banyak kelemahan dan kekurangan yang boleh diatasi bagi mengurangkan penyebaran COVID-19 di negara ini.

“Kita hari-hari umum Kluster baharu namun kenapa tidak terus lockdown sahaja kawasan yang kepada kluster itu yang dapat laksanakan test kepada semua terlibat. Jangan beri mereka terlepas di kawasan yang disebabkan kelemahan ini kebanyakan negeri kena PKPB,” katanya. -Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.