Muhyiddin ucap takziah kepada Bahrain

114

1 NOV: Malaysia mengucapkan takziah kepada Bahrain di atas kematian Perdana Menteri negara itu, Sheikh Khalifa Salman al Khalifa, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sebagai Perdana Menteri, Sheikh Khalifa telah melakukan banyak melakukan usaha pembaharuan yang membawa kepada kemajuan dan kemakmuran Bahrain.

“Semoga Allah SWT menempatkan roh Allahyarham bersama dalam kalangan amal salih,” katanya menerusi Facebook beliau malam ini.

Agensi berita Bahrain melaporkan Sheikh Khalifa yang berusia 84 tahun meninggal dunia pada hari Rabu pagi di Hospital Klinik Mayo di Amerika Syarikat.

Upacara pengebumian akan dilakukan setelah jenazahnya dibawa balik dan upacara tersebut terhad kepada saudara terdekat sahaja.

Susulan kematian Sheikh Khalifa, Pemerintah Bahrain, Raja Sheikh Hamad Isa Al Khalifa mengumumkan tempoh berkabung selama seminggu.

Sepanjang tempoh itu, bendera akan dikibarkan separuh tiang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.