Belanjawan terbaik untuk semua rakyat

45

11 NOV: Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan pada Jumaat lalu adalah bajet terbaik dan paling menyeluruh pernah dibentangkan kerajaan setakat ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bersatu, Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh berkata beliau tidak menafikan bahawa ada kelemahan-kelemahan yang boleh diperbaiki dalam Belajawan 2021 berkenaan.

Beliau berkata belanjawan berkenaan juga bersifat inklusif merangkumi semua golongan rakyat termasuk golongan petani, pesawah, nelayan, orang kurang upaya (OKU), warga emas, usahawan Bumiputera, pelajar dan penjawat awam.

MOHAMAD FASIAH MOHD FAKEH
MOHAMAD FASIAH MOHD FAKEH

“Belanjawan 2021 ini membuktikan kepakaran dan kebijaksanaan Menteri Kewangan mengadun sumber kewangan yang ada dan membelanjakannya dengan penuh berhemah.

“Ini perlu bagi mengimbangi kelangsungan ekonomi yang semakin terhempit akibat bencana pandemik COVID-19 dan kewajiban melindungi rakyat dengan menyediakan jaringan keselamatan sosial yang komprehensif dan mantap kepada golongan B40 dan M40.

“Belanjawan 2021 yang bertema “Teguh Kita Menang Bersama’ dengan jangkaan hasil negara pada 2021 adalah RM236.9 bilion iaitu pengurangan sebanyak RM18 bilion berbanding unjuran asal dalam Bajet 2020,” katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) peringkat dasar dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, Mohamad Fasiah berkata perbelanjaan dalam Belanjawan 2021 mencatatkan jumlah tertinggi dalam sejarah bajet negara iaitu RM322.5 bilion di mana 73 peratus diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM69 bilion atau 21.4 peratus perbelanjaan pembangunan dan RM17 bilion atau 5.3 peratus lagi untuk Kumpulan Wang COVID-19.

Terdahulu, Mohamad Fasiah mengingatkan umat Islam di Malaysia bahawa bencana penularan wabak pendemik COVID-19 di seluruh dunia diturunkan oleh Allah SWT supaya manusia mengikut syariat Islam sebenar.

Beliau berkata, Allah menurunkan COVID-19 bagi memberikan peringatan kepada manusia supaya menjauhi semua larangannya dan mengingatkan umat manusia mengenai kematian yang semakin hampir. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.