Trump buat hal lagi, pecat Setiausaha Pertahanan

212

10 NOV: Donald Trump mencetuskan kontroversi baharu apabila memecat Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Mark Esper semalam.

Memetik laporan AFP, Esper merupakan individu keempat yang menyandang jawatan panas itu sejak Trump menjadi Presiden AS empat tahun lalu.

“Mark Esper telah dipecat. Saya mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan beliau,” kata Trump melalui Twitter.

Konflik tercetus ekoran tekanan Trump agar tentera AS dikerahkan bagi menangani rusuhan dan gesaan Trump untuk membawa pulang tentera AS dari Afghanistan dengan segera.

Parti Demokrat mengecam tindakan Trump yang dianggap boleh menjejaskan peralihan kuasa kepada Joe Biden yang memenangi pilihan raya Presiden baru-baru ini.

Pemimpin Demokrat, Nancy Pelosi berkata, pemecatan Esper membuktikan niat Trump untuk menggunakan hari-hari terakhir pentadbirannya untuk menimbulkan kekacauan di AS dan seluruh dunia.

“Berulang kali, tindakan melulu dan semberono Trump membahayakan keselamatan negara kita,” kata Pelosi dalam satu kenyataan.

Trump turut mengumumkan pelantikan Ketua Pusat Antikeganasan Kebangsaan AS, Christopher Miller sebagai pemangku Setiausaha Pertahanan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.