Piknik PKPB, YB Rara dan rakan ke IPD Sepang

731

10 NOV: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Young Syefura Othman, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang malam ini, bagi memberi keterangan susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya berhubung isu pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ia berikutan gambar perkelahan ADUN Ketari, Pahang itu bersama sekumpulan rakan di sebuah pantai di resort ternama di Sepang tular sejak semalam.

Pemimpin sayap Wanita DAP itu tiba di IPD Sepang pada jam 9.15 malam dengan ditemani lima rakan terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki.

Gambar piknik bersama rakan-rakan di Avani Sepang Gold Coast Resort, Bagan Lalang sempena hari lahirnya semalam mengundang kecaman kerana didakwa netizen tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Antara dibangkitkan pengguna media sosial ialah mereka dilihat tidak mematuhi penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka.

ADUN itu yang lebih dikenali Rara itu kemudian memadamkan gambar tersebut disusuli permohonan maaf dan menjelaskan yang beliau bermastautin di Selangor walaupun wakil rakyat di Pahang.

Walaupun Rara menyatakan kesediaannya disiasat, namun netizen rata-rata tetap tidak berpuas hati dengan tindakan beliau melakukan aktiviti sosial ketika Selangor dalam tempoh PKPB.

Sementara itu, ketika ditemui media di IPD Sepang, Young Syefura enggan memberi sebarang komen berhubung kehadirannya ke IPD Sepang malam ini.

“Nantilah saya jawab,” katanya secara ringkas seperti dipetik laporan media.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, mengesahkan kehadiran ADUN Ketari terbabit bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Beliau berkata, polis memanggil ADUN berkenaan untuk diambil keterangan susulan dua laporan polis yang diterima ham 5 petang tadi.

Katanya, ADUN terbabit berdepan siasatan mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.