Moratorium 2.0 secara automatik 6 bulan

1,037

10 NOV: Kerajaan dicadangkan supaya melaksanakan moratorium pinjaman bank secara automatik selama enam bulan menerusi Belanjawan 2021 bagi membantu sebahagian besar rakyat Malaysia yang sudah jatuh miskin akibat penularan COVID-19 di negara ini.

Ahli Parlimen BN Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau juga mencadangkan supaya pihak bank memberikan penangguhan secara automatik kepada individu yang mempunyai pinjaman RM500,000 dan ke bawah antara tiga hingga enam bulan jika COVID-19 belum pulih sehingga tahun depan.

Bekas Timbalan Menteri Kewangan itu menjelaskan angka RM500,000 ke bawah itu boleh diubah oleh kerajaan dan Kementerian Kewangan bagi membolehkan lebih ramai peminjam mendapat manfaat daripada langkah itu.

AHMAD MASLAN
AHMAD MASLAN

“Saya juga mahu mencadangkan kepada kerajaan supaya memendekkan tempoh pengeluarkan pengeluaran i-Lestari dari Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada 12 bulan atau RM500 sebulan kepada empat bulan atau RM1500 sebulan, sekali gus menjadikan jumlah maksimum sebanyak RM6,000.

“Bagi Akaun 1 KWSP pula saya mencadangkan supaya kerajaan membenarkan pencarum membuat pengeluarkan ‘one off’ sebanyak RM10,000 dengan syarat simpanannya mestilah melebihi RM10,000.

“Untuk jumlah caruman kurang RM10,000 dicadangkan supaya dibenarkan dalam peratusan tertentu misalnya 50 peratus maka masih ada sedikit baki dalam akaun untuk keguaan hari tua. Pengeluaran akaun satu berkenaan mestilah berdasarkan kehendak individu dan jika tidak mahu tidak mengapa,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad juga mencadangkan supaya kerajaan menjalankan pelbagai usaha bagi mengelak ketirisan cukai bagi mengimbangi defisit Belanjawan 2021 sebanyak RM85 bilion.

Berikutan itu kerajaan perlu menghalang pihak industri dan kilang menjual produk keluaran masing-masing kepada syarikat pemasaran milik mereka sendiri atau dipanggil ‘transfer pricing’ yang merugikan kadar kutipan kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

“Saya juga berharap kastam akan berikan peralatan moden dan canggih untuk mengesan penipuan deklarasi membabitan berpuluh ribu kontena di pelabuhan utama di negara ini.

“Saya juga berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyebabkan ketirisan ekonomi dan perolehan serta menghentikan pendakwaan berunsur politik,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.