Permohonan baharu BPN 2.0 sebelum 16 Nov

2,156

9 NOV: Pemohon-pemohon baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 yang layak diminta mengemukakan permohonan sebelum atau pada 15 November ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, pembayaran bagi permohonan baharu yang diluluskan akan disalurkan pada Januari 2021.

“Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui https://bpn.hasil.gov.my/ atau penghantaran borang manual ke pejabat LHDN berdekatan.

“BPN 2.0 adalah inisiatif kerajaan bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19,” kata LHDN dalam satu kenyataan, hari ini.

Orang ramai boleh melayari portal BPN di https://bpn.hasil.gov.my/ untuk memuat turun syarat permohonan dan Soalan Lazim (FAQ) berkaitan bantuan itu.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas, hubungi Hasil Care Line melalui talian 03-89111000 atau 603-89111100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan mengisi borang maklum balas di portal rasmi LHDN melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.