Lebih 95,000 dapat kerja melalui MYFutureJobs

113

9 NOV: Seramai 95,101 pencari kerja di seluruh negara telah mendapat pekerjaan melalui portal pekerjaan nasional, MYFutureJobs sejak ia dimulakan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim berkata Beliau berkata, jumlah pengambilan pekerja itu yang melibatkan majikan berdaftar dengan MYFuture Jobs yang diwujudkan untuk mengurangkan kadar pengangguran dan memulihkan ekonomi negara.

“Sejak diperkenalkan, 95101 permohonan telah ditempatkan dan seramai 44940 adalah dalam lingkungan 20 tahun hingga ke 29 tahun termasuklah graduan baharu. Keberkesanan strategi ini membantu graduan dalam pembuangan kerja yang dilihat menjadi fenomena baharu pada pandemik COVID-19.

“Bagi memudahkan graduan mencari kerja, kementerian menerusi PERKESO telah menjalankan Karnival Kerjaya dan setakat 30 Oktober, sebanyak 229 program karnival dilaksanakan yang melibatkan 541 majikan dan berjaya tempatkan 4,060 graduan dan pencari kerja lain,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Awang Hashim

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen PH Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tentang langkah dan tindakan Kerajaan dalam menangani masalah kekurangan peluang pekerjaan untuk graduan baru serta pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja akibat kemelesatan ekonomi tahun ini.

Sementara itu, Awang memberitahu seramai 56,315 pencari kerja di seluruh negara telah mendapat pekerjaan melalui Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) sejak ia dimulakan pada 15 Jun lalu.

Tambah beliau, manakala menerusi Program My Apprentice melibatkan seramai 4724 perantis berjaya ditempatkan menerusi program ini yang dapat memberikan latihan meningkatkan kemahiran dan latihan semula kepada mereka dalam menjana sumber pendapatan baharu.

“Kita mengadakan libat urus bersama pihak industri agar kita turut susun atur bagi kita ada kerjasama antara pihak syarikat swasta dan kerajaan dalam lanksanakan tuntuan graduan-graduab kita dan mereka terlibat dalam pandemik dalam pembuangna kerja dan sebagainya.

“Kerajaan sedang berusaha dalam menyediakan pelbagai peluang pekerjaan yang dapat ditawarkan serta pekerja yang diberhentikan ditambahkan lagi dengan COVID-19. Beberapa inisiatif sedang dan akan dilaksanakan kerajaan antaranya penambahbaikan ekosistem tenaga bakat muda negara dan pembangunan kebolehpasaran graduan melalui pelaksanaan program,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.