519 ingkar PKP termasuk terlibat aktiviti kelab malam

91

8 NOV: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 519 individu kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam termasuk 511 individu dikompaun, empat direman dan empat lagi dijamin

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal mematuhi penjarakan sosial, iaitu sebanyak 206 kesalahan, tidak memakai pelitup muka (126) dan gagal menyediakan peralatan rekod butiran diri (67).

ismail sabri

“Kesalahan lain ialah premis beroperasi lebih masa, iaitu sebanyak 23 kesalahan, aktiviti pusat hiburan (9) dan lain-lain (88).

“Pihak berkuasa juga menahan enam pendatang tanpa izin (PATI) dan berjaya dirampas tiga kenderaan darat dalam sebanyak 298 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng yang dilaksanakan yang membabitkan polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata seramai 62,490 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan telah ditempatkan di 67 Hotel dan 20 premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan, sejak 24 Julai sehingga 7 November 2020.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 9,315 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 384 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan dan seramai 52,791 individu telah dibenarkan keluar dari hospitl dan pulang ke rumah masing-masing.

“Mereka telah pulang dari 36 negara, iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Laos, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, UK, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Ethiopia, Maldives dan Oman,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.