Muhyiddin pelawa pembangkang beri pandangan

93

7 NOV: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhasrat mempelawa pembangkang untuk turut serta bersama-sama memberi pandangan mereka dalam peringkat membuat pelbagai keputusan dan dasar kerajaan.

Muhyiddin berkata menerusi prinsip inklusif yang dilaksanakan itu akan dizahirkan menerusi beberapa wadah, termasuk membuka ‘pintu’ supaya pembangkang diberikan tempat dalam Majlis Tindakan Ekonomi (EAC).

Menurutnya, hasrat ini dinyatakan beliau agar pandangan psoitif oleh pembangkang mampu dilaksanakan jika mendatangkan manfaat kepada kerajaan dan pendekataan ini lebih sesuai dalam pentadbiran kerajaan kini.

MUHYIDDIN YASSIN
MUHYIDDIN YASSIN

“Pendekatan baharu ini untuk kebaikan semua, sebab itu bukan belanjawan untuk kerajaan sahaja, ini belanjawan rakyat. Bagi saya perkara baik tidak kira sesiapa pun baik di sebelah sana (pembangkang) tapi nak dilihat kita mesra pelanggan, kalau baik cadangan itu, kita ambil kira.

“Ini langkah permulaan, satu peringkat lain untuk mempelawa pembangkang sama-sama dalam Majlis Tindakan Ekonomi yang saya pengerusikan tiap-tiap minggu kerana ini soal ekonomi atau mengurus masalah COVID-19 yang dipengerusikan saya setiap hari.

“Dan bagaimana pihak pembangkang memberi pandangan mereka. Kalau langkah kita ambil tidak berkesan apakah cara dan langkah dari mereka untuk buat ia berkesan, bukan soal kredit mereka sahaja tetapi faedahnya kepada rakyat,” katanya menerusi temu bual eksklusif bersama Astro Awani yang disiarkan secara langsung, malam ini.

Dalam pada itu, membalas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai 2021 yang menyifatkan tidak boleh merangsang dan memacu pertumbuhan ekonomi supaya boleh hidup dan segar, Muhyiddin bersikap terbuka mengenai perkara tersebut.

Disebabkan itu, Muhyiddin mendedahkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan pasukannya bekerja siang dan malam disamping melakukan pertemuan dengan pelbagai pihak termasuk pembangkang agar lonjakan ekonomi dalam dilaksanakan menerusi Belanjawan 2021.

“Sebahagian besar kita sediakan dan tentukan ada lonjakan dari segi pembangunan ekonomi, bukan sekadar ujuran angka sahaja. Ini berdasarkan pandangan dan penilaian oleh pakar-pakar ekonomi dari dalam dan luar negara agar ia meingkat.

“Mengatakan tiada lonjakan tapi situasi -4.44 peratus kita hadapi sekarang kepada +6.75 atau 7.5 peratus itu satu lonjakan besar kerana bukan semua negara menghadapi keadaan sebegitu. Ada setengah negara lenih teruk daripada itu, ekonomi mereka hampir punah. Kita dalam keadaan tidak sampai tahap teruk walau membebankan,”katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berharap bantuan diberi kepada rakyat melalui Belanjawan 2021 dapat memberi kesan berganda khususnya kepada golongan memerlukan.

Tambahnya, kerajaan sedar tidak selamanya rakyat harus bergantung kepada bantuan namun dalam keadaan sukar ini harus dilaksanakan.

“Dalam situasi sukar kerajaan harus tolong kalau terpaksa pinjam lebih pun ia akan dilaksanakan.

“Ini kerana supaya langkah diambil bukan setakat mengekalkan pekerjaan namun menjana ekonomi dan sektor seperti perdagangan dan peruncitan.

“Kita mahu kesan penggandaan akan dapat dilakukan walaupun perlu dibantu dalam peringkat ini, ” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.