Anwar tak faham sistem ekonomi negara

343

7 NOV: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan langsung tidak memahami sistem ekonomi yang diamalkan ketika negara menghadapi pandemik COVID-19.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memberi sindiran sinis menyatakan bahawa Anwar hanya pandai bermain kata dalam mengelirukan rakyat

“Tidak hairan jika itu komen ketua pembangkang kerana beliau sememangnya tidak memahami ekonomi,baik ekonomi makro apalagi mikro.

“Berlatarbelakangkan Pengajian Melayu masa di universiti memang susah memahami ekonomi tapi cemerlang dari sudut bunga bahasa. Teringat Bajet 1990-an dan krisis kewangan 1998,” katanya menerusi ciapan Twitter miliknya, hari ini.

annuar musa
ANNUAR MUSA

Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan Ahli Parlimen Port Dickson yang menyifatkan Belanjawan 2021 yang diumumkan semalam tidak memberi gambaran bagaimana ia boleh merangsang dan memacu pertumbuhan ekonomi supaya boleh hidup dan segar.

Sementara itu, Annuar yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh memuji pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang disifatkannya tidak berunsur politik dan langsung tidak menyindir pembakang.

Menurut beliau, Tengku Zafrul juga dilihat amat profesional dalam pembentangannya semalam berbanding bekas Menteri Kewangan Pakatan Harapan (PH), Lim Guan Eng.

“Jutaan rakyat mendapat sentuhan langsung Menteri Kewangan. Belanjawan terbesar sejak negara merdeka.

“Menteri Kewangan tidak berpolitik tetapi cukup profesional dalam penyediaan belanjawan dan pembentangannya di Dewan Rakyat.

“Tiada sepatah pun menyentuh atau menyindir. Sangat berbeza belanjawan Lim Guan Eng,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.