Petrol, diesel turun bermula tengah malam ini

68

6 NOV: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun tiga sen bermula tengah malam ini sehingga 13 November depan.

Harga diesel pula turun enam sen dari RM1.74 kepada RM1.68 seliter bagi tempoh berkenaan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, harga RON95, turun daripada RM1.64 kepada RM1.61 seliter manakala RON97 dari RM1.94 kepada RM1.91 seliter.

“Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.