Penjawat awam dapat RM600, pesara RM300

1,157

6 NOV: Penjawat awam menerima bantuan khas RM600 sebagai menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, bagi pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen, mereka akan menerima bantuan khas kewangan RM300.

Katanya, penjawat awam yang layak menerima bantuan ini ialah mereka yang terdiri daripada gred 56 dan ke bawah.

“Kedua-dua bantuan ini akan dibayar pada awal 2021,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2021 hari ini.

Sementara itu, Tengku Zafrul dalam ucapannya turut merakamkan penghargaan tertinggi kepada seluruh penjawat awam yang telah memberikan sepenuh komitmen untuk negara.

“Syaa daripada sektor korporat, mata saya terbuka kepada betapa komitednya dan teguh setianya penjawat awam dalam menjalankan amanah yang diberi.

“Tanpa mengenal penat lelah, mereka telah berkhidmat melangkaui ekspetasi and rose beyond the call of duty untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi,” ujarnya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.