Kadar cukai pendapatan turun 1 mata peratusan

143

6 NOV: Kerajaan bersetuju untuk menurunkan kadar cukai pendapatan untuk individu pemastautin sebanyak 1 mata peratusan mulai tahun hadapan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, insentif itu bakal dinikmati oleh individu dalam banjaran pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000.

“Ia dijangka memanfaatkan 1.4 juta pembayar cukai,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Belanjawan 2021
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, beliau memberitahu, bagi membantu mereka yang hilang pekerjaan akibat keadaan ekonomi yang terjejas susulan COVID-19, had pengecualian cukai pendapatan bagi mereka yang terbabit akan dinaikkan bagi tempoh dua tahun taksiran.

Tengku Zafrul menjelaskan, had pengecualian itu akan dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM20,000 setiap tahun genap perkhidmatan.

Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 ke atas skim caruman Skim Persaraan Swasta (PRS) juga dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.