Fokus kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan

90

6 NOV: Belanjawan 2021 yang bakal dibentang di Parlimen pada jam 4 petang ini amat penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan terjamin dalam menghadapi krisis pandemik COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, semua pihak wajar bersama-sama memberi sokongan terhadap belanjawan itu.

“Semoga kita mampu menempuh krisis ini dengan penuh kejayaan. Insya-Allah,” katanya dalam hantaran Facebook pagi ini.

belanjawan 2021

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan bahawa Belanjawan 2021 merupakan belanjawan yang inklusif.

Kali ini, pandangan pelbagai pihak termasuk parti pembangkang, pertubuhan bukan kerajaan, ahli perniagaan dan rakyat diambil kira.

Beliau berkata ini merupakan kali pertama dalam sejarah negara input daripada pembangkang diambil kira dalam pengubalan belanjawan negara.

Belanjawan 2021 juga mencatatkan sejarah sebagai yang pertama dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN). – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.