Belanjawan menepati prinsip digariskan Pemuda UMNO

41

6 NOV: Pergerakan Pemuda UMNO gembira Belanjawan 2021 dibentangkan hari ini menepati prinsip digariskan dalam Memorandum Suara Rakyat yang diserahkan kepada Menteri Kewangan, sebelum ini.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata bajet kali ini bersifat belanjawan mengembang, tidak terikat dengan kekangan kedudukan fiskal negara dan menfokuskan kepada kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata berdasarkan pengamatan awal mendapati bajet berkenaan menyeluruh dan menyentuh hampir semua golongan sasaran temasuklah di bandar dan luar bandar mahu pun wilayah pembangunan.

“Walaupun ada perbezaan dari jumlah kuantum bantuan dan insentif yang kami tuntut, secara dasarnya Menteri Kewangan menyantuni pandangan kami sebaiknya.

“Sebagai contoh, Pemuda UMNO tuntut agar lanjutan Tempoh Moratorium secara pukal dalam tempoh 3-6 bulan. Kedua, Pemuda UMNO juga menuntut, kebenaran pengeluaran Akaun 1 KWSP sekurang-kurangnya RM5,000.

“Ketiga, e-wallet yang dicadangkan adalah bernilai RM50 sebulan untuk tempoh 12 bulan kepada belia yang belajar di universiti awam dan swasta,” kata dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi

Berikutan itu Asyraf berkata Pemuda UMNO akan mengkaji, berbincang dan memperhalusi impikasi serta kesan belanjawan berkenaan secara mendalam kepada rakyat di negara ini.

“Akhir sekali Pemuda UMNO berharap agar Ahli-ahli Parlimen dapat berbahas dan menyumbangkan idea-idea yang bermanfaat dalam sesi perbahasan Belanjawan yang bermula minggu hadapan yang boleh menambah-baik Belanjawan 2021 ini demi kemaslahatan rakyat dan negara keseluruhannya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.