Tiada kesan signifikan AS sekat sawit Malaysia

95

5 NOV: Sekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap import minyak sawit Malaysia dan produk berkaitan daripada FGV Holdings Berhad (FGV) tidak memberi kesan signifikan kepada industri itu.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, jika dibandingkan dengan China dan India, jumlah kuantiti import kelapa sawit AS adalah jauh lebih sedikit iaitu hanya 40,000 tan setahun.

Menurutnya, walaupun India dan China masih lagi menjadi pengimport terbesar minyak kelapa sawit namun jumlah eksport ke Amerika Syarikat meningkat 292940 pada tahun ini berbanding 290,011 tan pada tahun 2019.

jalaluddin
JALALUDDIN ALIAS

“Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS telah keluarkan sekatan kepada FGV pada 30 September yang dikeluarkan berkenaan buruh paksa daripada syarikat FGV namun dakwaan itu belum dapat disahkan dan memerlukan platform adil berkenaan perkara itu.

“Oleh itu, bagi saya paling besar ialah dasar kita kemukakan iaitu menyekang kemasukan pekerja asing ketika COVID-19 yang bukan sahaja dapat memperkasakan rakyat tempatan dalam sektor ekonomi khsusunya sektor perladangan.

“Namun, ini merupakan penyelesaian jangka panjang yang kita boleh tangani isu buruh warga asing dan pekerja kanak-kanak agar perkara ini tidak menjadi isu semula yang pernah pun menjadi isu pada tahun 2015,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen BN Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias tindakan Amerika Syarikat memboikot produk sawit keluaran FGV memberi kesan terhadap import produk sawit Malaysia bagi tahun 2020.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) akan mempertimbangkan petisyen untuk pembatalan Perintah Pelepasan Tahan (WRO) terhadap minyak sawit dan produk sawit keluarannya.

Pertimbangan pembatalan WRO itu akan dibuat menerusi maklumat atau laporan yang terhasil daripada audit oleh firma audit pihak ketiga yang boleh dipercayai, dan tidak menyebelahi mana-mana pihak, demikian menurut FGV hasil komunikasinya dengan CBP, baru-baru ini.

“FGV telah lakukan urusan dengan CBP dan pelbagai dakwaan telah dijawab secara bertulis namun proses jawab balas itu panjang dan masih dalam proses perbincangan di samping akan melantikan perunding bebas bagi menjalankan audit

“Undang-undang sedia ada mampu bahkan kaedah-kaedah yang dilaksanakan kerajaan mencukupi sebenarnya yang merupakan satu bukti kerajaan Malaysia sangat menekankan keadilan dan kebajikan terharap buruh baksa,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.