Erra Fazira bernikah, Dr Zulkifli ucap tahniah

3,322

5 NOV: Ramai netizen yang terkejut apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengucapkan tahniah kepada Erra Fazira atas pernikahannya di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi ini.

Ucapan tersebut yang dizahirkan melalui laman Facebook beliau mengundang pelbagai tanda tanya.

Walau bagaimanapun, Zulkifli menjelaskan, Erra Fazira yang dimaksudkan itu bukan selebriti terkenal seperti yang disangka.

“Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu.

“Moga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,” katanya.

Beliau memberitahu, pernikahan itu berlangsung dalam tempoh tidak melebihi 20 minit dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh JAWI. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.