Noh tarik diri dari PAC

557

4 OKT: Ahli Parlimen BN Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar mengumumkan beliau menarik diri sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara berkuat kuasa hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu menyatakan, beliau ingin memberi lebih perhatian terhadap urusan parti di negeri itu.

“Perkara ini telah saya maklumkan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Yang Dipertua Dewan Rakyat semalam dan surat rasmi dihantar jam 10 pagi tadi.

“Semoga PAC akan terus memainkan peranan dalam memastikan tadbir urus kewangan negara berjalan dengan lancar dan teratur,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau merupakan salah seorang ahli baharu PAC yang diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun semalam.

Noh turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas pencalonannyasebagai Ahli PAC bagi mewakili gabungan parti politik itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.