Koperasi patut ambil alih perniagaan warga asing

139

3 NOV: Koperasi-koperasi di negara ini disarankan supaya mengambil alih bidang perniagaan seperti peruncitan yang kini dikatakan dikuasai oleh warga asing.

Ahli Parlimen BN Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, langkah itu juga boleh mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan.

Menurut beliau, kerajaan juga seharusnya menyalurkan lebih banyak insentif kepada mana-mana koperasi yang ingin berbuat demikian.

shahidan kassim
SHAHIDAN KASSIM

“Kerajaan boleh suntik modal kepada mana-mana koperasi yang ingin mengambil alih perniagaan yang dikuasai warga asing,” katanya ketika membahaskan usul Rang Undang-undang Koperasi (Pindaan) 2020 dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen BN Gerik, Datuk Hasbullah Osman berkata, kebanyakan koperasi kecil di negara ini gagal akibat masalah aliran tunai.

Beliau memberitahu, koperasi terbabit terlalu banyak bergantung kepada projek kerajaan atau anugerah tanah.

HASBULLAH OSMAN
HASBULLAH OSMAN

“Sesetengah koperasi mengharapkan tanah yang diberikan kerajaan, balak dan pasir, tetapi dari segi perniagaan yang sepatutnya tidak dijalankan,” jelasnya.

Hasbullah turut mendakwa sebahagian lembaga pengarah koperasi juga tidak berfungsi dengan baik.

“Kita lantik lembaga pengarah yang banyak saham, yang tua, yang tiada idea. Akhirnya koperasi tak capai kejayaan,” katanya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.