Agong perkenan pelantikan tiga lagi Pesuruhjaya EAIC

73

PELANTIKAN ANGGOTA PESURUHJAYA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN

Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700], Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah memperkenankan pelantikan tiga anggota Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan / Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa pada 1 November 2020 seperti yang berikut:

  1. YBHG. TAN SRI MAHMOOD BIN ADAM
Mahmood Adam

2. YBHG. TAN SRI DATO’ WIRA AZIAH BINTI ALI

Aziah Ali

3. YBHG. DATO’ ALIZATUL KHAIR BINTI OSMAN KHAIRUDDIN

Alizatul Khair Osman

Pelantikan ini melengkapkan barisan Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan sedia ada yang diterajui oleh YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Haji Hassan (Pengerusi), YBhg. Tan Sri Datuk Zainun Ali (Timbalan Pengerusi), YBhg. Dato’ John Louis O’hara dan YBrs. Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod.

Barisan Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan ini pasti akan terus memacu matlamat dan komitmen EAIC memartabatkan integriti dalam kalangan agensi penguatkuasaan seliaan.

PEJABAT PERDANA MENTERI
3 November 2020

Get real time updates directly on you device, subscribe now.