Koperasi mampu bantu perkasa ekonomi negara

99

2 NOV: Pindaan yang diperkenalkan melalui Rang Undang-undang Koperasi (Pindaan) 2020 berupaya memastikan institusi koperasi berupaya menyumbang terhadap usaha memperkasa ekonomi negara.

Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, langkah itu memang tepat pada masanya.

“Kita melihat pindaan akta ini adalah satu langkah yang tepat pada masanya bagi memastikan penubuhan koperasi dipermudahkan manakala pembubaran atau penutupannya disukarkan.

“Ini bermaksud kerajaan berhasrat supaya lebih banyak koperasi diwujudkan di samping membuka ruang dan peluang pihak pengurusan menguruskan koperasi dengan lebih berkesan tanpa hambatan undang-undang,” katanya ketika membahaskan usul rang undang-undang tersebut dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

AHMAD FADHLI SHAARI

Mengulas lanjut, beliau melihat pindaan akta berkenaan akan membolehkan lebih ramai rakyat di negara ini terbabit dengan bidang keusahawanan dan koperasi terutamanya dalam kalangan lebih 200,000 graduan yang menamatkan pengajian dari intitusi pengajian tinggi tempatan setiap tahun.

Namun, Ahmad Fadhli berkata galakan dan pendidikan harus diperluaskan bukan hanya kalangan orang dewasa dan luar bandar, malah mahasiswa yang harus dilihat sebagai aset untuk membantu melonjakkan syarikat baharu berteraskan sains teknologi dan kejuruteraan. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.