Ketua Pengarah WHO jalani kuarantin kendiri

84

2 NOV: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, menjalani kuarantin kendiri selepas kontak rapat beliau disahkan positif COVID-19.

Memetik laporan AFP, setakat ini beliau belum mengalami gejala jangkitan.

“Saya dikenal pasti sebagai kontak kepada seseorang yang disahkan positif COVID-19.

“Saya sihat dan tidak mengalami gejala, namun akan menjalani kuarantin kendiri selama beberapa hari sejajar dengan protokol WHO, serta bekerja dari rumah,” katanya melalui Twitter.

Sejak COVID-19 tercetus di China akhir tahun lalu, Tedros menerajui usaha agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu untuk memerangi pandemik berkenaan yang sudah meragut hampir 1.2 juta nyawa dan menjangkiti lebih 46 juta orang di seluruh dunia.

Dalam ciapannya itu, beliau turut menegaskan bahawa amat penting untuk semua pihak mematuhi panduan kesihatan.

“Inilah cara untuk kita memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, menyekat virus itu dan melindungi sistem kesihatan,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.