Dewan Rakyat rakam takziah kepada mendiang Liew

39

2 NOV: Dewan Rakyat hari ini merakam ucapan takziah dan penghargaan kepada Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Liew Vui Keong yang meninggal dunia pada 2 Oktober lalu.

 Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata, beliau, ahli-ahli Dewan dan Parlimen merakam takziah kepada isteri mendiang serta ahli keluarga Liew.  

liew vui keong

“Jasa dan bakti mendiang akan dikenang dalam memainkan peranan penting pembaharuan undang-undang dan hak asasi manusia.

“Mendiang juga seorang yang berdikasisi sebagai ahli parlimen dan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pemergian mendiang merupakan kehilangan besar kepada Dewan Rakyat dan negara,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Liew, 60, meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan jangkitan kuman di paru-paru di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu.

Semua anggota Dewan Rakyat kemudian bangun dan bertafakur seminit bagi memperingati mendiang Liew.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.