Satu lagi kawasan di Kota Kinabalu dikenakan PKPD

112

1 NOV: Kerajaan akan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu, Sabah, mulai Selasa ini hingga 16 November depan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penguatkuasaan PKPD berkenaan dibuat selepas mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini telah mendengar permohonan dan cadangan daripada MKN Sabah.

Ismail Sabri Yaakob

Ismail Sabri berkata MKN Sabah berbuat demikian selepas mendapati 56 daripada 261 tahanan dan kakitangan Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu yang menjalani ujian saringan Covid-19 disahkan positif sehingga 30 Oktober lalu.

“Justeru, bagi menyekat penularan COVID-19 dalam kalangan tahanan dan kakitangan, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu bermula 3 hingga 16 November 2020.

“PKPD ini akan membabitkan seramai 1,820 ahanan dan 114 kakitangan pusat tahanan terbabit. Dengan pelaksanaan PKPD ini semua aktiviti keluar masuk ke kawasan pusat tahanan serta lawatan oleh ahli keluarga adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini sebentar tadi.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri mengesahkan bahawa kerajaan bersetuju kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD Penjara Alor Setar berkuat kuasa mulai esok, tiada lagi kes positif COVID-19 direkodkan dalam tempoh 7 hari, kebelakangan ini.

Beliau berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan PKPD Penjara Alor Setar bermula 5 Oktober 2020 sehingga 18 Oktober 2020 dan kemudiannya dilanjutkan lagi bermula 19 Oktober 2020 sehingga 1 November 2020.

“Saringan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 1 November 2020, tiada lagi kes positif COVID-19 direkodkan dalam tempoh 7 hari terkini.

“Sehubungan dengan itu, bersetuju kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD Penjara Alor Setar berkuatkuasa mulai 2 November 2020,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri, mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 485 individu, semalam, atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) termasuk 480 daripada individu berkenaan sudah dikompaun dan lima lagi direman.

Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuklah tidak memakai pelitup muka (162); penjarakan fizikal (123); gagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (79); aktiviti pusat hiburan (25); premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (13) dan lain-lain (83).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka ditahan hasil 52,552 pemeriksaan ke pasar raya, restoran, penjaja dan pasar awam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKPP oleh 3,963 pasukan pematuhan yang terdiri daripada 17,752 anggota.

Beliau berkata pihak berkuasa juga menahan 41 pendatang tanpa izin (PATI) dan merampas empat kenderaan darat dalam Ops Benteng di seluruh negara semalam.

Katanya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melakukan 10,979 Operasi Sanitasi Awam merangkumi 137 zon, sejak 30 Mac 2020 termasuk 39 operasi sanitasi merangkumi 12 Zon Merah, 10 Zon Kuning dan 4 Zon Hijau di 11 buah negeri, semalam.

“Seramai 59,061 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dari 24 Julai sehingga semalam termasuk 10,035 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 62 Hotel dan 19 premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi
Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.

“Daripada jumlah itu 381 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 48,645 individu telah dibenarkan pulang ke rumah,” katanya. -Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.