Johor Bahru diisytihar Zon Merah Covid-19

210

30 OKT: Johor Bahru kini diumumkan sebagai Zon Merah semalam susulan peningkatan kes wabak Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, R. Vidyananthan berkata, kebanyakan kes yang dilaporkan membabitkan penularan di dalam keluarga dan tempat kerja.

“Memandangkan sebahagian besar kluster ini adalah penularan keluarga dan tempat kerja, Jabatan Kesihatan Negeri meletakkan institusi terbabit di bawah arahan pengawasan dan pemantauan di rumah.

“Keadaan semasa di negeri Johor masih lagi terkawal. Dijangkakan bahawa peningkatan kes dalam masa terdekat ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini

Bagaimanapun katanya, keadaan di negeri ini masih terkawal dan semua perlu bertenang dan tidak menimbulkan panik dengan menyebarkan maklumat kurang tepat.

Vidyananthan berkata, setakat ini tiga kluster yang dikenal pasti di negeri ini ialah Kluster Kempas, Kluster Rinting dan Kluster Bayu.

Sehingga 29 Oktober 2020, jumlah kes Kluster Kempas ialah 42 kes, Kluster Rinting mempunyai 10 kes manakala Kluster Bayu ada lapan kes.

“Orang ramai sentiasa mematuhi SOP dalam norma baharu untuk mengelakkan wabak Covid-19 daripada terus menular dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.