DAP kecewa tiada tekanan terhadap PM

2,522

30 OKT: DAP dilihat kecewa selepas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mengharapkan agar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi ruang seluasnya untuk memimpin negara, serta menentukan corak pentadbirannya tanpa ada sebarang tekanan.

Annuar berkata ini, disebabkan mereka cemburu tindakan beliau tidak sama seperti bekas-bekas menteri dari DAP yang memberi tekanan hebat kepada pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu sehingga menyebabkan bekas Perdana Menteri itu meletakkan jawatan.

“Nyata Hannah Yeoh dan DAP kecewa saya tidak bersikap seperti DAP dalam kabinet Pakatan Harapan (PH) dulu di mana menteri-menteri DAP sentiasa cari jalan untuk melemahkan pimpinan Tun Mahathir.

“Sehingga akhirnya Tun Mahathir tidak tertahan dan meletakkan jawatannya. Saya minta maaf Hannah saya tidak akan berkelakuan seperti mana kelakuan yang kamu lakukan,” katanya menerusi ciapan Twitter miliknya, hari ini.

ANNUAR MUSA
ANNUAR MUSA

Semalam, beliau berharap agar isu Timbalan Perdana Menteri dihentikan bagi memberikan ruang kepada Perdana Menteri untuk memfokuskan isu rakyat dan jika terdapat keperluan jawatan itu, digesa agar pemimpin-pemimpin tidak memberi tekanan kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.