Nabi Muhammad pemimpin terbaik sepanjang zaman

67

29 OKT: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Islam.

Titah ucapan itu dikongsikan menerusi hantaran dalam Facebook Istana Negara,hari ini.

“Rasulullah SAW merupakan pemimpin terbaik sepanjang zaman yang patut dicontohi setiap umat Islam. Marilah kita bersama mencontohi sikap dan sunnah Rasulullah dalam kehidupan harian kita.

“Marilah kita juga bersama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW. Semoga kita beroleh syafaat dari Baginda di padang Mashyar kelak,” jelas hantaran itu – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.