Misa Frozen yakin COVID-19 tak halang capai sasaran

96

29 OKT: Misa Frozen, pemborong dan peruncit makanan sejuk beku milik bumiputera yakin mampu mencapai sasaran jualan RM12 juta pada tahun hadapan meskipun masih berdepan situasi tidak menentu akibat penularan COVID-19.

Pengarah Urusannya, Mohd Suhaimi Abu berkata, keyakinan itu susulan kejayaan syarikat itu mencapai sasaran jualan tahun ini sebanyak RM4 juta walaupun terdapat perintah kawalan pergerakan (PKP) dan sebagainya.

Syarikat yang diasaskan pada 2019 dengan modal sebanyak RM500,000, kini mempunyai 23 produk termasuk roti, sos, rempah ratus dan makanan lain.

“Kami menyasarkan hasil jualan produk sejuk beku tersebut mencatatkan RM1 juta sebulan pada tahun depan.

“Selain itu, kami juga bercadang untuk membuka lebih banyak cawangan menjelang 2022 dengan menumpukan sekitar Negeri Sembilan dan berhasrat untuk muncul sebagai pemborong makanan sejuk beku Bumiputera nombor satu di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Misa Frozen dan perasmian ibu pejabat baharu syarikat itu sempena sambutan Maulidur Rasul yang disempurnakan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad, di sini, hari ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Mohd Zaidi Ramli dan Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) negeri, Mimi Mazlin Mohd Yusof.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.