Cara kerja DAP ketinggalan zaman

2,190

28 OKT: Cara bekerja Ahli-ahli Parlimen DAP dianggap ketinggalan zaman kerana sebahagian daripada menunggu dijemput menghadiri mesyuarat bagi membincangkan isu-isu berkaitan rakyat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, wakil rakyat sentiasa dialu-alukan berjumpa terus dengan beliau tanpa perlu melalui proses birokrasi.

Malah, beliau memberitahu, lebih separuh Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan termasuk pembangkang telah bertemu dengannya.

annuar musa
Annuar Musa sentiasa bersedia untuk berbincang dengan mana-mana Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan termasuk pembangkang.

“Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan COVID-19, semua tahu banyak mesyuarat dibatalkan tapi kerja jalan terus,” katanya menerusi ciapan Twitter miliknya, hari ini.

Ahli Parlimen Ketereh itu turut berkongsi gambar beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang telah mengadakan perbincangan dengan beliau baru-baru ini. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.