Arab Saudi kutuk karikatur hina Rasulullah

36

28 OKT: Arab Saudi mengutuk karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW dan menolak sebarang kaitan antara Islam dengan keganasan.

Memetik laporan Agensi Berita Rasmi Arab Saudi (SPA), Kementerian Luar menegaskan, negara itu mengutuk sebarang perlakuan ganas.

“Arab Saudi menyeru supaya kebebasan bersuara menjadi penyinar untuk saling hormat menghormati, toleransi dan keamanan,” kata Kementerian Luar Arab Saudi.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron mencetuskan kemarahan dunia Islam apabila mendakwa umat Islam sebagai penganut fahaman pemisah dan menyifatkan Islam sebagai agama krisis di seluruh dunia.

Kenyataan ini berlaku selepas tindakan provokasi Charlie Hebdo, sebuah majalah berhaluan kiri Perancis yang menyiarkan karikatur anti-Islam, mencetuskan lagi kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Karikatur tersebut pertama kali disiarkan pada 2006 oleh akhbar Denmark, Jylllands Posten, dan mencetuskan siri tunjuk perasaan di seluruh dunia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.