Mesyuarat MT malam ini putuskan pendirian UMNO

96

26 OKT: Pendirian muktamad UMNO terhadap perkembangan politik semasa akan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang dijadualkan malam ni.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata mesyuarat Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) petang ini adalah bagi mengumpulkan pelbagai pandangan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik isu politik negara.

Zahidi Zainul Abidin

“Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu mendengar pandangan ahli Parlimen sebelum dibawa ke Mesyuarat MT UMNO malam ini,” katanya ketika ditemui di Menara Dato Onn PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.

Namun, apa yang penting, katanya, mesyuarat bersama Ahli Parlimen BN tetap dengan pendirian “No Anwar, No DAP” dalam menjalinkan kerjasama politik.

“Usaha kita untuk mendengar pelbagai pandangan tetapi yang majoriti No Anwar No DAP. Ini kita lakukan sekarang supaya dapat berbincang dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Keputusan MT UMNO malam ini akan memutuskan segala hasil pandangan Mesyuarat BN yang jika tidak dipatuhi, boleh diambil tindakan undang-undang,” kata Ahli Parlimen Padang Besar itu.

Terdahulu, Ahli-Ahli Parlimen BN bermesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini yang bermula pada jam 11 pagi tadi dipengerusikan oleh Presiden BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.