Menteri Kabinet hadir mesyuarat BN di PWTC

144

26 OKT: Beberapa menteri Kabinet mulai tiba di perkarangan Menara Dato Onn, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini selesai selesai menghadiri mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya.

Antara yang awal tiba Menteri Tenaga dan Sumber Asli yang juga Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri Sains dan Teknologi yang juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Menyusul kemudian Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN

Difahamkan, mereka dipercayai akan menghadiri mesyuarat tergempar Ahli Parlimen BN dipengerusikan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan isu politik tanah air. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.