Pengerusi Samsung Electronics meninggal dunia

123

25 OKT: Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee, 78, yang bertanggungjawab mentransformasikan firma Korea Selatan itu sebagai syarikat teknologi global, meninggal dunia hari ini.

Di bawah kepimpinan Lee, Samsung menjadi pengeluar telefon pintar, televisyen dan cip memori terbesar dunia.

Perolehan firma itu ketika ini adalah satu perlima daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Korea Selatan.

Lee meninggal dunia di sisi keluarga, namun sebab kematian tidak dinyatakan.

Mendiang sebelum ini terlantar akibat serangan jantung pada 2014 dan pernah dirawat kerana kanser paru-paru pada 1990-an.

Pencapaian hebat Samsung sangat signifikan kepada kemaraan Korea Selatan di arena antarabangsa seperti mana yang dicapai negara itu pada masa kini.

Kejayaan Samsung daripada sebuah syarikat membuat peralatan elektrik rumah kepada firma teknologi global menjadikan Lee individu terkaya di Korea Selatan menurut laporan sebuah majalah kewangan antarabangsa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.