Joey BPR antara 688 ditahan ingkar PKPP semalam

687

25 OKT: Pasukan Task Force Operasi Pematuhan diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 688 individu kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan Keselamatan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, seramai 678 individu telah dikompaun manakala 10 orang lagi direman untuk siasatan lanjut.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak menjaga penjarakan fizikal (213 kes), tidak memakai pelitup muka (211 kes), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (136 kes), rentas negeri/daerah PKPB tanpa kebenaran (37 kes) dan lain-lain (91 kes),” katanya dalam kenyataan media hariannya hari ini.

Ismail Sabri Yaakob

Jelas beliau, operasi berkenaan disertai oleh 2,514 Pasukan Pematuhan yang membabitkan 11,759 anggota membuat pemantauan di 3,360 pasar raya, 4,700 restoran serta 1,307 penjaja, 1,149 kilang, 3,354 bank dan 747 pejabat kerajaan.

Juga dipantau, katanya, sebanyak 1,104 terminal pengangkutan darat, 270 terminal pengangkutan air serta 58 terminal pengangkutan udara

“Mengenai Operasi Benteng pula, semalam kita telah berjaya melakukan tangkapan yang melibatkan 10 PATI. Turut berjaya dirampas 5 kenderaan darat. Sebanyak 303 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam yang melibatkanPDRM (229 SJR), ATM (65 SJR), dan AKSEM (9 SJR).

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” ujarnya.

Antara ditahan malam operasi tadi kerana melanggar PKPB, vokalis kumpulan rock BPR, Joey yang dikenakan kompaun RM1,000 selepas gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB malam tadi.

Joey BPR

Joey atau nama sebenarnya, Johari Mat Rozekhi, 57, dikenakan kompaun itu kerana tidak memakai pelitup muka dan mencatat nama ketika memasuki sebuah kedai serbaneka di Ukay Perdana, Ampang, di ibu negara selepas jam 10 malam.

Berikutan itu Joey yang juga penyanyi kumpulan rock BPR dalam Facebooknya berkata, dia mengakui kesalahannya itu dan menjadikan ia satu pengajaran.

“Kalau takdir dah nak kena, kena jugak Tapi aku bersyukur, kena RM1,000. Kalau kena Covid-19, lagi teruk. Pengalaman mendewasakan kita,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.